Search

Bila teringat kampung halaman di Sabak Bernam, ter...

  • Share this:

Bila teringat kampung halaman di Sabak Bernam, terus terlintas menu masakan orang Jawa. Rata-rata orang Jawa mesti kenal masakan ini, masak kencur atau cekur.

Mujur ada ikan Keli Salai Waris dalam peti. Dalam satu peket ada 5 ekor ikan keli, 3 ekor kita masak lemak cili api untuk si darah Minang, 2 ekor lagi untuk si darah Jawa.

Masakan yang mudah, cepat dan paling penting mestilah sedap!

Keli salai masak kencur ala Fara Dean;

Ikan keli

Ubi kencur/cekur

Cili padi

Bawang merah

Bawang putih

Belacan

Asam keping

Santan

Air

Ulam kencur/cekur

Keli salai boleh digantikan dengan ikan atau ayam goreng. Tepuk dada tanya selera okeyh. Bahan dan cara masak tetap sama. Watak utama sahaja yang kita ubah.

Cara memasak boleh rujuk disetiap kapsyen. Saya halalkan untuk anda berkongsi. Cubalah!

Mencari resepi lain? Cuba klik #hannahkitchen_faradean

Atau boleh mencari di bahagian album saya.

Kredit:fara dian


Tags:

About author
not provided
View all posts